Sengugut!! Cara atasinye..??!!

Sengugut atau Dysmenorhoea (sakit ketika haid)

Remaja atau remaja belasan tahun seringkali mengalami rasa tidak selesa atau sakit ketika datang haid. Ia bermula antara 6 bulan hingga 2 tahun dari kedatangan haid yang pertama. Keadaan ini juga dikenali sebagai dismenorhea atau kekejangan haid.

Apakah Penyebabnya?

  • Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
  • Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.

Gejala-Gejala Biasa

  • Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
  • Kelesuan
  • Loya dan muntah
  • Sakit kepala
  • Keletihan dan pening
  • Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.

Jenis-jenis Sakit Haid (dismenorhea)

Primer:

  • Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid.Ianya akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.

Sekunder:

  • Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).

Penjagaan sendiri

  • Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
  • Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
  • Mandi dengan air suam.
  • Urut di bahagian yang sakit.
  • Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
  • Teknik-teknik relaksasi
  • Banyakkan berehat
  • Atasi stres anda. Katakan ‘tidak’ kepada tekanan.
  • Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
  • Pengawalan pemakanan.
  • Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
  • Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda .

Rawatan

Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:

  • Ubat penahan sakit seperti parasetamol, salisilat, ubat asid mefenamik atau ibuprofen. Walau bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
  • Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan kesakitan haid primer.
  • Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.
  • Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
  • Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.

Shaklee juga mempunyai beberapa vitamin yg boleh membantu mengatasi masalah ini.

1. Ostematrix (Kalsium-Magnesium). Untuk memastikan kita mendapat kalsium yg secukupnya. Jika anda tak suka susu, tempe dan kekacang boleh lah mencuba Ostematrix ni.

2. Vitamin C 

3. B Complex

4. Vitamin E 

5. GLA Complex. Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid

Kita hanya berusaha dan berikhtiar, yang selebihnya dariNya..:):):)

**************************************************************************

ISMA Shaklee Independent Distributor [ID No : 837669]
Pertanyaan..???
Hubungi kami : SMS / WhatsApp : 0193797679 (ISMA) 
Email : sweetyvitamins@yahoo.com
Like FB kami Sweety Vitamins

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s